Monday, December 3, 2012

1, 2, 3, 4 (ARIS ARIWATAN)


ASSALAMUALAIKUM...



Artis : Aris Ariwatan
Tajuk : 1234

Satu... kasih yang abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ulang *

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
Andai kau peroleh bahagia
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Hidup ini sementara (ulang 2x)
(kredit kepada: lyrics.my)

ISU DOAKAN KEHANCURAN

ASSALAMUALAIKUM...

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu mendoakan kehancuran pihak lain yang dimainkan oleh ahli-ahli politik tertentu. Persoalannya, bolehkah kita mendoakan kehancuran kepada pihak-pihak tertentu? Untuk menjawab isu ini, kita merujuk kepada jawapan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin ( Dr. MAZA ) dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 26 November 2012 (rujuk sini) .

Diantara petikan kata-kata beliau ialah:

"secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi."

"Misal kata ada orang menganiaya atau menzalimi kita, boleh ke kita berdoa kepada mereka? Jawapannya boleh, tidak timbul isu tidak boleh mendoakan kehancuran sesama Islam,"

Petikan akhbar Sinar Harian 26 / 11 / 2012 






Diharapkan dengan penjelasan ini, maka masyarakat akan mendapat kefahaman yang jelas berkenaan isu ini. Apa-apa sahaja isu yang berlegar dalam masyarakat perlulah dinilai dan dijawab dengan ilmiah dan bersumberkan Al-Quran dan As-sunnah.





WALLAHU A'LAM.



AKU PEDULI !!!!!

ASSALAMUALAIKUM...

Keadaan di Timur Tengah sedang dalam kegawatan. Penjajahan berterusan Israel ke atas Palestin, serangan tentera Basyar al-Asad ke atas penduduk awam Syria yang tidak berdosa, penolakan puak-puak sekular terhadap pemerintah Islamik di Mesir, penggulingan pemerintah diktator dan bermacam-macam lagi. Nasib yang sama juga menimpa umat Islam yang menjadi penduduk minoriti di negara lain seperti Rohingya di Myanmar, di Selatan Thailand, Bangsamoro di selatan Filipina, dan di lain-lain tempat.

Muslim tertindas di Palestin
Wilayah Palestin yang dijajah Israel (tahun 1946-2000)

Bagi sesetengah orang di Malaysia dan mungkin di luar negara, isu umat Islam di negara lain hanyalah tidak lebih daripada sekadar isu global yang mewarnai dunia pada hari ini. Tidak lebih dari itu, dan mungkin tidak kurang. "Ahh, itu mereka punya pasal lah. Pandai-pandai lah mereka nak selesaikan masalah dalaman mereka sendiri." Mungkin itu ngomelan sebahagian daripada kita yang mengaku beragama Islam dan beriman kepada Allah.

Bayi tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman Rejim Basyar

Hakikat nya, isu-isu yang melibatkan umat Islam di negara lain mempunyai kesan yang amat besar kepada diri kita sebagai seorang Muslim. Dan isu ini juga berkait rapat dengan iman dan hati kita. Sabda Nabi SAW dalam hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim :

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ


"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri"

Diri kita yang beragama Islam ini dan beriman kepada Allah, dengan Muslim yang lain adalah seperti saudara. Bukan saya kata, tetapi Rasulullah yang kata !!! Kita dan mereka yang Muslim di Palestin, atau Mesir, atau Syria, atau di mana-mana sahaja adalah bersaudara !!!
Saya yakin, setiap orang pasti sayang dan kasih kepada diri nya sendiri. Dijaga diri nya dengan elok, selalu bersenam, penampilannya dijaga rapi, mandi paling kurang 2 kali sehari, digosok gigi nya agar mulutnya berbau harum, memakai pakaian yang cantik dan kemas, memakai bau-bauan yang harum, dan sebagainya. Semuanya itu dilakukan dengan tujuan untuk menjaga dirinya dengan baik.
Kalau begitu kasihnya kita kepada diri sendiri, maka begitu jugalah perlunya kita kasih kepada saudara se-Islam dengan kita di tempat lain. Bukan maksudnya kita perlu menggosok gigi mereka, atau mandikan mereka. Bukan. Maksudnya ialah, kita juga perlu kasih kepada diri mereka, kita prihatin dengan nasib mereka, kita  sama-sama berusaha membantu mereka sedaya yang mungkin, dan menyokong perjuangan mereka yang teraniaya.
Masalah mereka bukanlah masalah mereka sendirian. Tapi ia adalah masalah kita juga. Penderitaan mereka juga adalah penderitaan kita. Kesakitan mereka adalah kesakitan kita. Perjuangan mereka juga adalah perjuangan kita, umat Islam seluruhnya. Dan, InsyaAllah kemenangan mereka juga adalah satu kemenangan untuk kita!!! 
Setiap Muslim mempunyai peranan masing-masing dalam membantu perjuangan umat Islam yang ditindas dan dizalimi ini.
1. Bagi yang berkemampuan, bolehlah pergi berjihad ke negara tersebut dengan membantu mengikut keperluan seperti sama-sama mengangkat senjata, atau menghulurkan bantuan kemanusiaan, merawat mereka yang cedera, dan lain-lain.

2. Bagi yang tidak mampu ke tempat-tempat tersebut, bolehlah menderma dalam bentuk makanan, pakaian, dan wang ringgit.

3. Jika masih juga tidak mampu menghulurkan bantuan material, hulurkanlah bantuan dalam bentuk sokongan moral dan doa kepada mereka. Kita juga boleh melakukan boikot terhadap produk-produk keluaran negara yang menyokong penindasan umat Islam ini. Yang ketiga ini adalah perkara paling mudah yang boleh kita lakukan sebagai sokongan kepada perjuangan saudara kita yang tertindas dan dizalimi. 


Sama-samalah kita PEDULI akan nasib saudara kita yang tertindas.

Moga di hadapan Allah, di Padang Mahsyar nanti, ada jawapan kukuh yang dapat kita berikan kepada-Nya.

DIARI SEORANG AYAH #1


Assalamualaikum...

Hari ini, sudah kurang-lebih tiga bulan dan 22 hari aku bergelar seorang BAPAK !!!!! Tanggungjawab sudah semakin bertambah. Dulu sebagai anak bujang, kemudian sebagai seorang suami, dan sekarang sudah menjadi seorang ayah / abah / walid / papa / daddy, atau yang sama erti dengan nya.

Fatimah Azzahraa' lahir pada jam 2.01 pagi, tanggal 23 Ramadhan 1433 Hijriah, bersamaan 12 Ogos 2012. Kalau diimbas kembali kelahiran nya, bermacam perasaan yang bercampur-campur. Gembira ada, berdebar-debar, sedih pun ada. Gembira sudah tentu dengan kelahiran nya. Sedih pula, melihat Mama nya berjuang dengan bermacam-macam dugaan sehingga saat kelahiran nya. Dan akhir nya, syukur kepada Allah atas nikmat yang satu ini.

Fatimah Azzahraa' berusia kurang seminggu
Dan sekarang, Zahraa' (sebahagian orang memanggil nya Fatimah) sudah berusia lebih 3 bulan; hampir empat bulan. Sudah pandai bercakap (dalam bahasa nya yang membuatkan mama dan walid terpaksa belajar bahasa itu). *ketawa*

Zahraa' juga sudah mula memusingkan badan nya, untuk meniarap. Tapi nampak nya belum lagi berjaya sepenuh nya. Dan, terpaksalah walid nya datang membantu. Jangan putus asa ye, Zahraa'...

Yang paling menarik, Zahraa' juga sudah pandai berzikir dan bernasyid ! *ketawa lagi*
Sudah tentulah walid yang terpaksa mengeluarkan suara merdu nya, agar Zahraa' boleh berzikir sama. Dan, Zahraa' suka bila walid dan mama menyanyikan lagu 1 , 2 , 3... Seperti tadi juga, Zahraa' akan mengikut nya dalam bahasa nya itu.

Satu satu Zahraa' sayang Allah...
Dua dua sayang Rasulullah....
Tiga tiga sayang walid mama...
Satu dua tiga saaaaayang semuanya...

Syukur pada Allah atas kelahiranmu sayang...
Semoga engkau membesar dengan sihat dan cerdas...
Mama dan walid mendoakan agar Zahraa' dapat menjadi insan yang berguna untuk Agama, dan masyarakat seluruh nya..

Walid, geli laaaaa.... 


Lena nya Zahraa' tidur...



Asyik tidur je Zahraa' ni...



Gaya tidur yang diwarisi daripada Walid...



Candid !!!!



Zahraa' berbual dengan Mama sebelum check-up



Ala tomey-tomey...






Wednesday, October 10, 2012

USRAH, MINYAK MOTOR


بسم الله الرحمن الرحيم

( satu )

Semalam, dalam langit yang mendung; tanda hujan lebat yang akan turun, usrah kami mengadakan perjumpaan mingguan. Antara topik yang dibincangkan ialah tentang Sirah Rasululullah dan Pengertian Syahadah.

Aku ingin berkongsi tentang Pengertian Syahadah. Naqib cuba bertanya tentang kefahaman kami ber-enam berkenaan syahadah. Aku tertarik dengan ulasan Sobri (memang nama sebenar). Katanya, Syahadah itu adalah seperti ANAK KUNCI. Anak kunci untuk membuka pintu atau untuk menghidupkan enjin motorsikal. Tetapi, Syahadah itu adalah anak kunci untuk membuka PINTU SYURGA ! 

Tanpa Syahadah, maka kita tidak dapat membuka pintu syurga, apatah lagi untuk memasukinya. Sebaik mana, atau sebagus mana pun manusia itu berbuat kebaikan, maka pintu syurga tidak akan terbuka untuknya, melainkan dengan izin Allah jua. 

PENGAJARAN: Marilah sama-sama kita memperbetulkan Syahadah kita dengan sebetul-betulnya. 
Wallahu a' lam.  


( dua )

Malam tadi.

Motorsikal aku kehabisan minyak, sewaktu balik dari mengaji.

Syukur Alhamdulillah, tidak berapa jauh dari stesen minyak.

Tapi, penat juga menolak motorsikal dalam keadaan hujan lebat, dan kegelapan malam.

Insaf...barulah tahu bagaimana sengsaranya apabila kita dalam kesusahan, dan tiada orang yang ingin menghulurkan bantuan. Perit, kosong.

PENGAJARAN: Tolonglah insan yang memerlukan.

Monday, October 8, 2012

ALLAH YANG MENURUNKAN HUJAN !


Maksud firman Allah Ta'ala dalam Al-Quran al-Kareem:

" Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui. "
(SURAH AL-BAQARAH : 22)

" Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat. "
(SURAH AL-BAQARAH : 265)

Maha Suci Allah yang telah menciptakan hujan, yang padanya penuh dengan manfaat dan kebaikan buat umat manusia.