ASSALAMUALAIKUM...
Keadaan di Timur Tengah sedang dalam kegawatan. Penjajahan berterusan Israel ke atas Palestin, serangan tentera Basyar al-Asad ke atas penduduk awam Syria yang tidak berdosa, penolakan puak-puak sekular terhadap pemerintah Islamik di Mesir, penggulingan pemerintah diktator dan bermacam-macam lagi. Nasib yang sama juga menimpa umat Islam yang menjadi penduduk minoriti di negara lain seperti Rohingya di Myanmar, di Selatan Thailand, Bangsamoro di selatan Filipina, dan di lain-lain tempat.
 |
| Muslim tertindas di Palestin |
 |
| Wilayah Palestin yang dijajah Israel (tahun 1946-2000) |
Bagi sesetengah orang di Malaysia dan mungkin di luar negara, isu umat Islam di negara lain hanyalah tidak lebih daripada sekadar isu global yang mewarnai dunia pada hari ini. Tidak lebih dari itu, dan mungkin tidak kurang. "
Ahh, itu mereka punya pasal lah. Pandai-pandai lah mereka nak selesaikan masalah dalaman mereka sendiri." Mungkin itu ngomelan sebahagian daripada kita yang mengaku beragama Islam dan beriman kepada Allah.
 |
| Bayi tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman Rejim Basyar |
Hakikat nya, isu-isu yang melibatkan umat Islam di negara lain mempunyai kesan yang amat besar kepada diri kita sebagai seorang Muslim. Dan isu ini juga berkait rapat dengan iman dan hati kita. Sabda Nabi SAW dalam hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim :
لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri"
Diri kita yang beragama Islam ini dan beriman kepada Allah, dengan Muslim yang lain adalah seperti saudara. Bukan saya kata, tetapi Rasulullah yang kata !!! Kita dan mereka yang Muslim di Palestin, atau Mesir, atau Syria, atau di mana-mana sahaja adalah bersaudara !!!
Saya yakin, setiap orang pasti sayang dan kasih kepada diri nya sendiri. Dijaga diri nya dengan elok, selalu bersenam, penampilannya dijaga rapi, mandi paling kurang 2 kali sehari, digosok gigi nya agar mulutnya berbau harum, memakai pakaian yang cantik dan kemas, memakai bau-bauan yang harum, dan sebagainya. Semuanya itu dilakukan dengan tujuan untuk menjaga dirinya dengan baik.
Kalau begitu kasihnya kita kepada diri sendiri, maka begitu jugalah perlunya kita kasih kepada saudara se-Islam dengan kita di tempat lain. Bukan maksudnya kita perlu menggosok gigi mereka, atau mandikan mereka. Bukan. Maksudnya ialah, kita juga perlu kasih kepada diri mereka, kita prihatin dengan nasib mereka, kita sama-sama berusaha membantu mereka sedaya yang mungkin, dan menyokong perjuangan mereka yang teraniaya.
Masalah mereka bukanlah masalah mereka sendirian. Tapi ia adalah masalah kita juga. Penderitaan mereka juga adalah penderitaan kita. Kesakitan mereka adalah kesakitan kita. Perjuangan mereka juga adalah perjuangan kita, umat Islam seluruhnya. Dan, InsyaAllah kemenangan mereka juga adalah satu kemenangan untuk kita!!!
Setiap Muslim mempunyai peranan masing-masing dalam membantu perjuangan umat Islam yang ditindas dan dizalimi ini.
1. Bagi yang berkemampuan, bolehlah pergi berjihad ke negara tersebut dengan membantu mengikut keperluan seperti sama-sama mengangkat senjata, atau menghulurkan bantuan kemanusiaan, merawat mereka yang cedera, dan lain-lain.
2. Bagi yang tidak mampu ke tempat-tempat tersebut, bolehlah menderma dalam bentuk makanan, pakaian, dan wang ringgit.
3. Jika masih juga tidak mampu menghulurkan bantuan material, hulurkanlah bantuan dalam bentuk sokongan moral dan doa kepada mereka. Kita juga boleh melakukan boikot terhadap produk-produk keluaran negara yang menyokong penindasan umat Islam ini. Yang ketiga ini adalah perkara paling mudah yang boleh kita lakukan sebagai sokongan kepada perjuangan saudara kita yang tertindas dan dizalimi.
Sama-samalah kita PEDULI akan nasib saudara kita yang tertindas.
Moga di hadapan Allah, di Padang Mahsyar nanti, ada jawapan kukuh yang dapat kita berikan kepada-Nya.