Monday, February 25, 2013
Sunday, February 24, 2013
Hadiah Buat Seseorang
ASSALAMUALAIKUM....
![]() |
| kredit gambar: mashable.com |
Coretan aku pada kali ini secara fokus nya adalahberkenaan hadiah kepada seseorang.
Apabila seseorang kenalan menyambut suatu hari yang istimewa buat dirinya, maka kita pasti akan menghadiahkan sesuatu kepada insan tersebut; samada berbentuk material atau bukan material (ucapan, doa, dan sebagainya). Antara tujuannya dihulurkan hadiah itu adalah untuk berkongsi kegembiraan bersama insan yang menyambut hari istimewa buat dirinya.
Bagi yang menyambut hari lahir, pelbagai hadiah yang diterima seperti kad ucapan, kek, coklat, bunga, makanan kegemaran dan sebagainya.
Bagi yang baru melangsungkan pernikahan, ada yang menghadiahkan set pinggan mangkuk, album gambar, set cadar, barangan elektrik, dan bermacam-macam lagi. Supaya apabila mereka melayari bahtera rumahtangga, barangan yang dihadiahkan itu akan membantu memudahkan perjalanan hidup mereka.
Begitu juga bagi yang bergelar guru (macam aku). Apabila tiba sambutan Hari Guru maka menimbunlah hadiah di atas meja hasil sumbangan anak-anak murid tercinta. Pen, 'frame' gambar, bunga ros, coklat, kek, dan yang seumpama dengannya. Memang bertuah jadi cikgu ni. Hehehehe...
Sama juga halnya dengan orang yang menyambut Hari Ibu, Hari Bapa, hari ulangtahun perkahwinan, dan hari-hari yang sama erti dengannya.
Cuba tanya diri kita.
Cuba soal hati dan iman kita sedalam-dalamnya...
Pernahkah kita terfikir, adakah hadiah itu betul-betul bermanfaat untuk insan tersebut? Jika difikirkan lebih mendalam, adakah hadiah yang kita sumbangkan itu bermanfaat juga untuk diri kita; pemberi hadiah itu? Atau, untuk AKHIRAT kita?
Kadang-kadang, ada barang-barang yang dihadiahkan itu bukan sesuatu yang betul-betul diperlukan oleh insan tersebut. Maksudnya, jika kita menghadiahkan bernda tersebut, insan itu akan senyum dan gembira hanya untuk sementara sahaja. Dan barang yang kita hadiahkan itu langsung tidak bermanfaat dan tidak digunakan langsung.
Seelok-eloknya, aku berpesan kepada diri aku sendiri dan sahabat-sahabat semua, apabila kita menghadiahkan sesuatu kepada sesiapa jua, biarlah ia sesuatu yang bermanfaat bukan sahaja kepada mereka, bahkan juga kepada diri kita; si pemberi hadiah.
Antara contoh hadiah yang paling bernilai dan bermanfaat daripada kita kepada insan lain adalah DOA. Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam:
“Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga”. (Hadis riwayat Muslim).
Contoh lain, kita hadiahkan mereka bahan-bahan ilmiah seperti buku-buku agama, cakera padat (CD) kuliah agama, dan sebagainya. Dengannya, apabila mereka membaca atau mendengar bahan-bahan tersebut mereka akan beroleh ilmu dan pahala. Dan pahala tersebut akan terpercik juga kepada kita yang menghadiahkan bahan tersebut.
Contoh yang berikutnya, kita hadiahkan mereka periuk belanga atau alatan memasak. Mungkin nampak kolot; mungkin. Dengannya, apabila si isteri memasak dengan penuh ikhlas dan kasih sayang kepada si suami, maka mereka akan beroleh mahabbah dan pahala daripada Allah. Dan, mahabbah dan pahala itu juga akan terpercik kepada kita yang menghadiahkan barang-barang tersebut.
Jadi, selepas ini apabila kita menghadiahkan sesuatu kepada seseorang, biarlah hadiah tersebut memberi manfaat kepada orang tersebut dan juga kepada diri kita. Dan yang lebih penting, bermanfaat untuk akhirat kita semua. Wallahu a'alam.
Tuesday, February 19, 2013
Sunday, February 17, 2013
DIARI SEORANG AYAH #2
Assalamualaikum..
Hari ini, 18 Februari 2013......
Fatimah Azzahraa' sudah pun menginjak ke usia 6 bulan (dan kurang seminggu).
Banyak perubahan yang dapat dilihat dan dirasai oleh kami berdua - walid dan mama. Perubahan-perubahan ini juga banyak mematangkan dan mengajar kami untuk menjadi ibubapa yang lebih baik dari hari ke hari. Antara perubahan yang dapat dilihat:
- Semakin pandai menunjukkan memek muka yang pelbagai.
- Kuat merengek jika merasa seperti tidak dipedulikan atau jika tiada sesiapa disebelahnya dalam tempoh yang lama.
- Pandai bergurau (dengan walid terutamanya..hahahahha)
- Sudah boleh memakan makanan tambahan seperti nasi lembik @ bubur nasi, biskut, (sebelum ini 100% susu ibu).
- Suka dibawa berjalan keluar (didukung atau menaiki kereta) untuk menikmati udara yang segar dan pemandangan alam yang indah ciptaan Allah.
Sepanjang proses tumbesaran puteri kami yang comel ini, banyak cabaran yang mendatang seperti kesihatannya dan faktor masa kami berdua yang bekerja. InsyaAllah, semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami. Ameen.
| Saat indah ketika mandi... (sakitnya pinggang walid) |
| Saat indah bersama sanak saudara (sebelah isteri) di rumah Mama Along. |
| Saat indah bersama Mama....(manja nye..) |
| Saat indah menonton TV (terutamanya bolasepak) |
| Saat indah di pangkuan Walid (bulatnya mata..) |
| Zahraa' demam...Kesian dia.. |
| Saat indah bersama Mama dan Walid..berjalan-jalan di Tasik Cempaka, Bangi. |
" Ya Allah, kasihilah anakku, limpahkanlah kasih sayang-Mu kepadanya.. sesungguhnya aku begitu menyayangi dirinya "
Program 'Team Building'
Assalamualaikum..
Pada 15 hingga 17 Februari 2013 yang lepas, aku dan rakan-rakan seperjuangan telah menghadiri Kursus 'Team Building' yang dianjurkan oleh pihak syarikat. Program selama 3hari 2malam ini antara lain untuk mengukuhkan lagi ukhuwwah sesama kami.
Hari pertama : Di sekolah.
Hari kedua & ketiga : Di Bagan Lalang Beach Resort, Bagan Lalang.
Berat hati rasanya meninggalkan isteri dan anak.
Alhamdulillah, tidak rugi rasanya kami pergi kerana banyak 'input' berguna yang kami terima.
Cukup sekadar itu dahulu sebagai permulaan. InsyaAllah kisah-kisah dalam program ini akan aku coretkan dalam nukilan akan datang.
Wallahu a'alam.
Pada 15 hingga 17 Februari 2013 yang lepas, aku dan rakan-rakan seperjuangan telah menghadiri Kursus 'Team Building' yang dianjurkan oleh pihak syarikat. Program selama 3hari 2malam ini antara lain untuk mengukuhkan lagi ukhuwwah sesama kami.
Hari pertama : Di sekolah.
Hari kedua & ketiga : Di Bagan Lalang Beach Resort, Bagan Lalang.
Berat hati rasanya meninggalkan isteri dan anak.
Alhamdulillah, tidak rugi rasanya kami pergi kerana banyak 'input' berguna yang kami terima.
Cukup sekadar itu dahulu sebagai permulaan. InsyaAllah kisah-kisah dalam program ini akan aku coretkan dalam nukilan akan datang.
Wallahu a'alam.
Monday, December 3, 2012
1, 2, 3, 4 (ARIS ARIWATAN)
ASSALAMUALAIKUM...
Artis : Aris Ariwatan
Tajuk : 1234
Tajuk : 1234
*
Satu... kasih yang abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Satu... kasih yang abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ulang *
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
Andai kau peroleh bahagia
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Hidup ini sementara (ulang 2x)
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Hidup ini sementara (ulang 2x)
(kredit kepada: lyrics.my)
Subscribe to:
Posts (Atom)



